Sunday, April 3, 2011

Meh try..

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

4-5 keping mee halus e.g. mee segera atau mee sanggul, celur sehingga masak dan toskan sedikit

lada hitam sedikit

lada putih sedikit garam

2 labu bawang besar, hiris nipis

250g daging lembu, hiris nipis dan cuci bersih

1 inci halia

10 ulas bawang putih hiris nipis. Asingkan 4 ulas untuk sup, 6 ulas untuk menggoreng
2 sb minyak untuk menumis

Rempah 4 sekawan: 1 btg kulit kayu manis, 2 pelaga, 4 bunga cengkih, 1 bunga lawang

Bahan sampingan: tauge, lobak asin (salted raddish), bawang merah goreng

Bahan Cili kicap: 4-5 cili padi, 1 ulas bawang putih, sedikit kicap

Alternatif kepada cili kicap:4-5 cili padi, 2 cili merah, sedikit cuka


Cara membuat sup:

1. Masukkan air, daging, bawang besar, bawang putih, halia, rempah 4 sekawan ke dalam periuk. Masak hingga daging empuk

2. Masukkan sedikit garam, 1 sk lada hitam, 1 sk lada putih, kacau rata, dan didihkan sekejap. Keluarkan daging dan letak di dalam bekas menghidang

3. Cara menyediakan mee: Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang putih dan goreng sehingga agak kekuningan. Keluarkan bawang putih.

4. Masukkan mee kedalam minyak menggoreng tadi, gaul rata. Pada masa yang sama masukkan 1 sb lada hitam, 1 sb lada putih dan sedikit garam. Pastikan dikacau rata supaya rasa sebati. Bila dan sebati, keluarkan dan letak di dalam bekas untuk menghidag

5. Cara menyediakan cili kicap: tumbuk cili api dan bawang putih sehingga lumat. Campurkan sedikit kicap

6. Cara menyediakan cili cuka: cili padi dan cili merah di tumbuk halus. Campurkan sedikit cuka.

7. cara makan: masukkan sedikit mee ke dalam mangkuk, kuah sup, tauge, bawang putih goreng, bawang merah goreng, tauge, lobak asin dan cili kicap (atau cili cuka). Jemputlah makan..






As Salam..

Sila jangan formatkan laptop anda..
Shut Down pun jangan..
yang gosok2 mata tu, bleh berhenti gosok dah..
yeah..nie betulah blog aku, am-rie.blogspot.com..

Apa ke jadahnya masuk resipi plak kat blog niekan..nak jadi Chef ka plak..haha..

Nielah dia..klau dah gian sangat nak makan mee kolok, aku try wat sendiri je..dah dua kali aku try, tp cam haramm...tak jadi!!

Sib baik tak keracunan makanan...

Punya lah lupa aku nak search resipi kat google, aku belasah je..Part yang atas tu je yang betul..step yang lain tu kira aku skip..

aih..memang ekspress, ko ingat masak maggie..haha..

lepas aku celur mee tu n toskan, aku g order sup daging kat kedai n campur je..haha..lawak dowh..


Apa2 hal, percobaan kali ke 3 pasti mantop!!!

Tak mantop, booking tiket balik makan puas2!!hehe..

Sekian..(muka tak puas hati)..

4 comments:

AmirFX said...

Follower dirik dah 82.. Sama kedak blogspot bini dirik.. haha.. Nway, nang susah jak upa molah mee kolok ya.. Sekpa bro, cuba dan cuba lagi.. Yakin boleh!.. haha..

wa khairul onggon said...

Oh tidak! Mi kolok! adoh.. doh.. doh..

tengku_fir21 said...

ahaha..ader kesam sampingan tk..lalaa

am-rie said...

AmirFX
Tengah rajin ke dapur tek..haha..
Macam2 jak nak dimasaknya..makan jaklah..Aku nangga resipinya pun cam susah..p sikpa, klak try gik sampei sukses..

Wa khairul onggon
Boh nelan air liur dolok..sik jadi dipolah ya..haha

tengku_fir21
bro, kesan sampingannya kena tempah tiket balik makan puas2..haha