Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H..

Macam tahun2 sebelumnya, 14hbln Februari org sibuk bercerita pasal hari kekasih a.k.a valentine day..sana sini pasangan kekasih sibuk nak beli coklat la, nak beli bunga taik ayam la..bunga ros la, bunga taik ayam nak wat apa kan..hehe..

nak arrange makan malam kat hotel la..last2 masuk hotel..jangan dibuat dek oi..maksiat tu!! hak tui...

Sebenarnya sambutan nie org kita (melayu/islam) terlalu terikut2 dan taksub dgn budaya barat sebenarnya..Mungkin tak tau apa sebenarnya kisah disebalik sambutan nie..Tengok org sambut, sambut jugaklah atas alasan berkasih sayang la kan...
Jangan jadi jahil...


Aku google je cerita disebalik Valentine day nie..Kasi zazss!!!


Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.

Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.

Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.

Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.

Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.


Akhir kata salam MAULIDUR RASUL 1432H

6 comments:

Unknown said...

biasalah budak-budak...suka benda-benda mcm nie

am-rie said...

tengku_fir21
2la..tapi klau diorg paham mungkin boleh berfikir mana betul mana salah..klau dah tau buat jugak tu,tak tau nak kata apa la..hehe

labulabi said...

salam maulidur rasul pok.semoga tahun tok lebih berkat dah sejahtera

erolnukman said...

salam maulidur rasul...
yalah pok..masih ramey juak yg sik tauk cerita d sebalik vtine day ya.yg d tauk dak nya,pada tarikh ya mok beli bunga/candy..kluar dating ng can.mun line clear cek in hotel...toik! hahaha....9bulan pasya klk,gago camney cara nak buang bayi..=P

AmirFX said...

Salam Maulidur rasul tuan blog...

am-rie said...

labulabi
insyaallah sejahtera selalu..hehe

erolnukman
haha..menar2..bulan 11 kelak banyak kes buang bayi..adeh..

amirFX
salam maulidur rasul juak bro...