Tuesday, January 4, 2011

Risalah dari Majsid KD

Tahun Baru biasanya mesti ada azam baru..Malangnya kita, kebanyakkan kita berazam untuk memenuhi kehendak nafsu dan keduniaan sahaja tanpa memikirkan azam untuk rohani. Berapa ramai yang berazam untuk cuba mempertingkatkan takwa dan ibadah kepada Allah? Menyedari akan kekurangan diri sebagai pemangkin untuk terus meningkatkan diri. Kesedaran perlulah berterusan supaya kita tidak tersungkur semasa melalui liku yang penuh ujian Allah. Luaskan penghayatan keislaman dan keimanan dalam tahun baru maka barulah layak kita digelar sebagai seorang yang empunyai keazaman yang unggul pada pandangan Allah SWT. Sentiasa muhasabah, bagaimanakah diri kita ini dihadapan Allah SWT. Bagaimanakah bekal kita serta bentuk kehidupan yang telah kita corakkan selama kita hidup di atas dunia ini. Apakah kita sedang membina kehidupan akhirat atau kita sedang meruntuhkan kehidupan akhirat kita.

Kita sering merasakan bahawa kedatangan tahun baru, beerti bertambahlah umur kita; sedangkan pada hakikatnya bertambahnya tahun, bukan bertambahnya umur kita tetapi berkurangan. Setiap daripada kita telah ditentukan Allah akan ajal iaitu had atau tempoh berapa lama kita akan hidup di atas dunia ini. Kalaulah ditakdirkkan Allah SWT kita mati pada hari ini, dimanakah kita? Adakah kita berada pada saf orang-orang yang Allah kasihi atau pada saf orang2 yang Allah benci. Kasih dan bencinya Allah SWT ke atas kita adalah bergantung kepada bagaimanakah amalan kita, samada amal yang baik atau amal yang buruk. Baik dan buruknya sesuatu amalan itu pula hendaklah diukur dengan neraca penilaian Allah, bukan dengan neraca penilaian manusia. Matlamat hidup kita adalah untuk mendapat ridha Allah atau mardhatillah.

Untuk itu bersempena dengan kedatangan tahun baru 2011 ini, marilah kita insafi bahawa pasti terjadi dalam kehidupan kita dimana kita akan berhijrah meninggalkan dunia ini dan berpindah keperkampungan akhirat yang lebih kekal dan abadi. Sebelum tiba saat itu marilah kita menjadikan diri kita ini diri yang terbaik: sebagai ayah yang terbaik, ibu yang terbaik, suami yang terbaik, sebagai isteri yang terbaik, sebagai anak yang terbaik, sebagai jiran yang terbaik,sebagai pekerja yang terbaik; terbaik di sisi Allah SWT.

Dalam konteks kita sebagai hamba Allah, bagaimanakah kualiti diri kita kepada Allah. Adakah kita hamba yang takwa? Apakah kita menjadikan setiap amalan kitasebagai ibadah? Apakah kita ikhlas, jujur dan amanah dalam melaksanakan ibadah kita. Bagaimana rezeki yang kita dapat setiap bulan adakah ianya bersih, halal dan berkat? Bagaimanakah bentuk pakaian kita semasa bekerja adakah sesuai dengan kehendak Allah. Bagaimana sikap, adap, penampilan dan cara kita ditempat kerja? Adakah serasi dengan nilai dan ruh Al-Quran dan Sunnah? Bagaimana dengan solat kita, adakah kita dapat menjaganya, atau kerana mesyuarat kita sanggup melengah-lengah dan kadang-kadang hingga meninggalkannya. Bagaimana hubungan kita sesama rakan sekerja, dengan orng di atas kita dan juga orang di bawah kita? Adakah ianya diasakan dengan kasih sayang? Atau ianya diasaskan dengan hasad, dengki, cemburu, buruk sangka, merasa diri hebat manakal orang lain tidak hebat. Suka mengadu domba, suka sebarkan fitnah, umpat mengumpat menjadi amaln, tikam menikam menjadi budaya dan sebagainya.

Sesungguhnya kehebatan sebuah keluarga dan jugalah kehebatan sesebuah organisasi itu adalah ditentukan oleh Allah melalui usaha kita untuk mempertingkatkan kualiti diri kita. Sebagai seorang manusia, Allah SWT telah menganugerahkan akal dan dengannya kita diberi kebebasan untuk memilih yang terbaik. Allah menegaskan bahawa Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, sehinggalah kaum itu mengubah diri mereka sendiri. Marilah kita berazam untuk bersama-sama kita berhijrah dengan mempertingkatkan kualiti diri kita sebagai seorang hamba Allah, sebagai seorang ayah, ibu,suami, isteri, anak, pekerja dan sebagainya. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini. Wallahualam..

2 comments:

AmirFX said...

selamat tahun baru bro! Semoga tahun baru menjanjikan seribu satu pengalaman yang berguna... Amin...

labulabi said...

selamat tahun baru bro.hehehe.lambat aku ngabas blog ko tok.hehehe