Thursday, October 22, 2009

Tahap Mana?

Pelaburan...yup Pelaburan, untung2 boleh kaya cepat, tak pun hancur leburla semuanya..hehe..
Setiap pelaburan pasti ada risikonya..nak minimumkan risiko, senang je..kurangkan jumlah pelaburan..tak pun tak yah melabur takdelah risiko..

siapa cakap??!!Kalau tak melabur confirm tukar hset n sport rim baru macam2 nak dibeli..Apa yang dapat cuma kepuasan, pas tu back to zero..



sebenarnya aku sedang menilai dan dalam masa yang sama berfikir mengenai Bijak Wang..
Aku ada terbaca satu artikel yang berbunyi "Sekiranya anda mahu menjadi bijak wang perkara yang perlu dinilai oleh anda adalah tahap kewangan anda sekarang"..
yezzaaa...

So,sangat2 menarik dan boleh, insyaallah menyedarkan sesiapa jua yang bernama manusia..Sama2lah kita menilai tahap kewangan kita sekarang dimana katanya ada 4 tahap je..Tak banyak pun..tu pun org malas nak baca..


Tahap pertama:Kewangan tidak selamat (Finacially not secure)

Keadaan dimana kita takde simpanan langsung atau dengan erti kata lain jika ada sekalipun cuma boleh menampung kehidupan keluarga dan diri kita sendiri selama sebulan sahaja. Contohnya, jika kita hilang kerja esok, sebulan sahaja kita dapat menyara hidup dengan wang simpanan yang ada.

Tahap ini amat tidak selamat bagi sesiapapun.. Jadi adakah anda di tahap ini?? jangan risau sememangnya ramai kalau ikut kajian..hehe

Tahap Kedua: Kewangan Selamat (Financially secure)

Tahap kedua plak, dimana kita mempunyai simpanan untuk menyara hidup keluarga dan diri kita sendiri selama 6 bulan sekiranya terberhenti atau diberhentikan kerja. Ini adalah pilihan yang lebih baik kerana dalam masa 6 bulan sempat lagi nak demand cari kerja lain atau sekurang-kurangnya bleh wat modal tuk berniaga.

Bagi kawan2 yang ramai sangat dok kat tahap satu tu marilah kita sama-sama  untuk mencapai tahap kedua nie… sebab tak ramai yang dok kat tahap nie mungkin kurang kesedaran atau kurang bijak menguruskan kewangan..

Tahap Ketiga: Bebas kewangan / Mandiri kewangan (Financially Free)

Tahap nie tanya sapa2 mesti nak...betul tak??. Tetapi, yang mencapainya adalah amat sedikit. Pada tahap nie kita bebas nak memilih sama ada nak keje ke tak! Aliran pendapatan automatik masyukk..Tapi kadang2 keja jugak bab berasa seronok bukan sebab terpaksa tapi kerana sukarela..

Tips untuk mencapai keadaan ini adalah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik dan berterusan seperti Sewakan Rumah  atau membina perniagaan yang dikendalikan oleh orang lain (mungkin pengurus). Semua tu modal besar gak, nak modal kecik pun ada tapi kena usaha lebih jawabnya Multi Level Marketing (memang dah ramai ke tahap nie). Aku On The Way..hikhikhik..

Tahap Keempat: Tahap Kaya Giler atau Ultra Rich

Tahap nie tak yah Cite panjang sebut nama je korang mesti dapat agak camana hebat n gahnya kehidupan billionair kat Malaysia.. Yang penting setakat derma Ratus2 ribu tu celah gigi je..

So, Gitulah isi artikel yang aku baca aku olah balik dengan kefahaman aku untuk dikongsikan bersama n secara kesimpulannya dah tau ke belum tahap kewangan masing2..So, Berjimat cermatlah n dalam masa yang sama banyakkan bersedekah jugak.. Simpan, simpan jugak tapi janganlah sampai jadi tangkai jering or taiek idung masin( aku tak penah try pun)..hehe

Sebelum tu, Zakat pendapatan pun jangan lupa potong kasi bayar..Kasi berkat sikit..

"amat jelas tentang kewajipan berzakat dan sesiapa yang mengingkari atau meragui kefarduannya, maka ianya terkeluar dari agama Islam." (Sekadar peringatan untuk aku dan semua).. Bagi yang belom, cepat2la ke kaunter zakat berdekatan dengan rumah anda..hehe..



7 comments:

Ivy Metaga said...

kmk beli insurance, dalam ASB dan juga labur dalam cimb unit trust, ya jak kmk mampu

purple_lav said...

tak nak tny pasal pelaburan sumer tp nk tny pasal cik puan sarah hehehehe...camne dia? dh lama tak dgr khabar dia? tak blk kedah ke?

am-rie said...

Ivy Metaga
Rasanya pilihan kitak dah tepat Ivy..sekurang2nya ada juak pelaburan n back up utk masa memerlukan..hehe

purple_luv
Sarah sihat je..hehe..
Alhamdulillah, semua ok..
n karang nie ada kat Kedah otw oustation, habis terus singgah rumah..:)

Felicia F. Ramzi said...

kmk ada simpanan, and ASB..selain dari ya, kmk percaya pada rezeki tuhan. simpan simpan juak tapi sik juak maok terlalu taksub dgn reta sebab kita mati sikkan di mbak..benar? makseh for the post..good one :)

am-rie said...

Felicia
menar kata kitak..jangan terlalu taksub dengan reta ajak..Kena seimbangkan dunia n akhirat..
lalu ceramah..hehe..

kirana said...

Malu rasa nok nyebut brapa duit simpanan dlm ASB kmk. Jap masok, jap keluar. Isshhhh.... insaf2! Mesti simpan, especially nok dlm TabungHaji ya... jgn di kaco! Utk tujuan akhirat ya....

am-rie said...

kirana
sikpalah keluar masuk ya..boh masuk sekali jak, tapi transaksi keluar jak banyak..hehe
menar kata kita..semoga sama2 la kita boleh sampei ke Mekah kelak..insyaallah..