Monday, April 20, 2009

Something to ponder about....



Suatu hari seorang profesor menulis ayat "Woman without her man is nothing" di papan putih dan menyuruh pelajar-pelajarnya meletakkan tanda bacaan untuk memberikan penekanan dan intonasi yang lebih meyakinkan.

sambutan yang agak menggalakkan dari seluruh kelas..nak memodifykan perkataan yang diberi oleh prof...

Seorang pelajar lelaki tampil dan setelah merenung-renung ayat itu dia telah meletakkan tanda-tanda bacaan yang tertentu hingga ayat itu dibaca seperti berikut:


      "Woman, without her man, is nothing"

Usaha pelajar lelaki ini mendapat sorakan semua pelajar lelaki. Dengan bangganya pelajar ini duduk dan di tempatnya dan sorakan berterusan.



Kemudian tampil seorang pelajar perempuan. Dia mengerling kepada semua yang hadir di dalam dewan. Kemudian, dengan penuh yakin dia meletakkan tanda-tanda bacaaan yang berbeza hingga ayat itu dibaca seperti berikut:

      "Woman! Without her, man is nothing"

Seluruh dewan menjadi sunyi sepi. Masing-masing tergamam. Akhirnya semua mata tertumpu kepada profesor.

"Well", kata profesor itu."You can be what you want to be." Lalu keluar meninggalkan dewan.

pendidikan moralnya.. daripada perkataan yang sama, kita boleh menjadi lemah atau sebaliknya. Pilihan pada diri kita.

Kalau woman without her man is nothing dibaca dengan nada yang selamba tanpa intonasi tertentu hasilnya berbentuk negatif bagi wanita. Tetapi apabila dibaca sebagai "Woman! Without her, man is nothing". Ia begitu memotivasi dan amat bernilai sekali.

Jadi..transformasikanlah hidup anda ke arah yang positif agar hidup lebih indah dari biasa.. Tutju..ju..jut..transformers..

5 comments:

khairul onggon said...

Wahh.. tok ku makin suka blog tok.. hehehe... yerrrr.. Kipidap bro... Aiyih.. bila mok engkah gambar 'dream" tek?? ehek..

cik_ah82 said...

something to ponder about..hahahahaha
nk tergelak ingat tajuk ni semalam..syyyyhhhh...
ya..ya..
amri!without me, ur nothing
hahaha..ayat snrik, menaaaannah telinga..membawwwwaaa..;0

amrie said...

khairul onggon
Tq2..
my dream?hehe..

cik_ah82
hahahaha...(sambung gelak semalam)
menanaaanah perut..

Kelebar Malam said...

salam persahabatan..best blog kitak. arap dpt berziarah dgn lebih kerap gik..

amrie said...

kelebar malam
salam persahabatan juak..terima kasih banyak2 bab sudi singgah..iboh jerak singgah ah..hehe..