Tuesday, December 16, 2008

TAK MINAT


TAK MINAT (Aku tak minat la benda-benda macam ni… )

Ini pula merupakan satu alasan yang sering kita jumpa. TAK MINAT….. « Aku tak minat la benda-benda macam ni….. » Dia ingat apa ke.. ? Bukan soal jual-menjual, atau jual sabun. Tetapi soal WANG, bagi Aku kalau soal wang Aku tak berani untuk berkata TIDAK MINAT. Aku rasa kalau soal wang tidak ada orang di dunia ini yang tidak minat, kecuali seseorang yang kurang siuman. Tetapi yang RAMAI orang TAK MINAT ialah bekerja untuk mendapatkan wang, kalau itu memang ada betulnya. Sudah menjadi hukum alam ini iaitu mesti BEKERJA dahulu baru dapat WANG, bukannya wang dahulu baru kerja.

Disebabkan kerja dahulu baru wang maka ramai orang TERPAKSA bekerja untuk mendapatkan wang. Bukannya MINAT bekerja tetapi TERPAKSA kerana untuk mendapatkan wang. Kalau nak dikira minat, aku pun tak minat MLM, lecehlah, kena pergi mesyuarat, kena menaja, kena buat demo kena pergi kursus dan sebagainya. Tetapi kalau difikirkan tentang pulangan wangnya yang banyak sehingga boleh ketahap jutawan maka aku PAKSA diri untuk cuba menjalankannya semata-mata untuk memenuhi impianku yang besar. Jadi boleh dikatakan aku menjalankan MLM CNI ini kerana TERPAKSA bukannya kerana MINAT. Kalau nak dikirakan soal minat… aku memang sama sekali TAK MINAT bekerja, apa yang aku minat ialah bermalas-malasan, bejalan-jalan sambil “bershoping” atau membeli belah, pergi memancing hujung minggu, main golf, Futsal atau bermain bola di padang sampai nak masuk waktu maghrib, tidur sepanjang hari, melancung luar negara dan banyak lagi.

Bagi Aku MINAT adalah sesuatu perkara yang kita boleh lakukan secara sukarela yang bersesuaian dengan nafsu atau keinginan kita tanpa mengharap bayaran atau balasan, contohnya seperti pergi memancing, bersukan atau macam-macam lagi tanpa mendapat apa-apa bayaran pun kita sanggup menghabiskan masa untuknya. Aku rasa anda yang bekerja diluar sanapun sememangnya TAK MINAT bekerja kan…, tetapi semata-mata kerana gaji maka anda juga terpaksa bekerja. Cuba majikan anda tidak membayar gaji, berapa ramai yang sanggup bekerja hanya disebabkan kerana minat…? Satu orang pun tidak ada…. Tapi kalau yang MINAT memancing maka anda sanggup pergi jauh-jauh menghabiskan cuti anda untuk memancing untuk memuaskan nafsu anda, bukan kerana ingin mendapat ikan tetapi ingin menunaikan hobi anda.. Itulah minat… Walaupun tidak mendapat ikan besar atau hasil yang setimpal anda tetap pergi dan enjoy memancing.

Sekadar Untuk Motivasi aku...

4 comments:

Anonymous said...

setuju la bro. tp sesetengah2 org buat sesuatu bukan sbb minat. sebab adenye rase tanggungjawab. gud luck bro. see u at the top!

am-rie said...

bro, u luar biasa jugak ke?

Anonymous said...

tak la. org biasa yg bercita2 luar biasa je.

fitrahulinsan said...

apa khabar usahawan cni?

sudah tentunya anda memang seorang yg luar biasa!!

sesetengah orang bukan sebab tak minat tetapi TAKUT GAGAL! Ini dipanggil 'loser'..

sesetengah yg lain berpendapat bahawa maybe ada cara lain utk berjaya.. Ini dipanggil 'Avoider'

sesetengah lagi berkata cukup dengan apa yg ada..ini dipanggil 'pemalas nak mampos'.

sesetengah pula memberi alasan sedang fokus mengusahakan sesuatu yg hebat.. Ini dipanggil 'optimist'

dan,sesetengah lagi berkata " ya,aku minat!" Ini dipanggil 'rezeki'

wallahu'alam..