Sunday, July 8, 2012

Gunung Kinabalu Ditawan!!

Salam..
Minggu lepas dah terbang ke Sabah Negeri di bawah bayu..dan dah pulang pun ke rumah n sedang dlm trip lain untuk minggu nie..

Terbang terbang dan terus terbang..boleh kebas b****t, asyik duduk dlm flight...

Oklah..secara rasminya gunung kinabalu aku dah sampai ke puncaknya..siap dpt 2 sijil color ye..Untuk pengetahuan yg belum pernah daki gunung kinabalu nie, klau org yg tak sampai puncak pun akan dpt sijil tp yg hitam putih je...

Yang color hanya untuk org yg sampai ke puncak mcm akulah..hehe
Tapi dengarnya org yg tak panjat pun boleh dapat jugak, bayar je la mcm beli cenderahati..hehe

Cuma manakan sama dengan org yg panjat sampai atas dia punya perasaan kan..



Ada org tanya.."Kenapa susah-susah panjat atau mendaki gunung?"

Buat penat and sakit kaki je..

Aku jawab..Betul tu..
Badan penat sakit kaki tu memang betullah..
Tapi, tau tak kepuasannya tak tergambar dek perkataan beb..
Saat nak sampai di puncaknya, air mata pun boleh kluar tanpa disuruh..





Pengalamannya sangat bagus untuk kehidupan kita..
Secara tak langsung dia menceritakan tentang "Erti Kehidupan" sebenar..
Dalam hidup ada org berjaya, ada yang tidak..ada yang cepat berjaya, ada yang lambat..ada yang sangkut di tengah jalan...pulang dengan rasa hampa..

Klau kita tengok org yang berjaya dalam hidup, dalam hati kita pasti akan kata.."bestnya klau jd mcm dia"..
Klau org yang belum berjaya kita tak kata apa pun kan...Kita nampak yg berjaya tu best!!

Tapi tahu tak seksanya sebelum sampai ke puncak? org takkan nampak susah payahnya kita nak sampai di puncak..sama mcm dlm kehidupan org yg berjaya/kaya, org luar takkan tahu jatuh bangunnya kita sebelum berjaya....

Apa pun yang penting kami berjaya ke puncak seramai 17 org dari 40 org ye..walaupun tak sampai separuh kepuncak, kami semua 40 org telah berjaya sampai di c.point Laban Rata..



Kalau panjat dari pintu gate Mesilau nie view dia memang terbaik dr ladang...
Ciptaan Allah yang maha Esa menyentuh rasa KebesaranNya...




Walaupun 10 minit lg nak ke Laban Rata..terasa jauhnya Ya Allah!!!!
Tapi muka kena maintain senyum bro...nak tangkap gambar..hehe


So, nielah gambarannya di puncak jam 600am lebih kurang..start panjat jam 320am dari laban rata..



Yess!!!! we are at the top of Southeast Asia...Sila pasang lagu "We Are the Champion" plzz...hehe


dan akhirnya sesi bergambar beramai-ramai di bawah puncaknya..dlm 0.50m je..kat puncak tempat sempit skit..

Kenapa gunung didaki??

Gunung didaki kerana puncaknya!!!!!!


Sekian....



2 comments:

erolnukman said...

wahhh! tahniah berjawa menawan puncak kinabalu.yg sik berjaya ya apa cerita?
teringin gilak nak nait gunung ya..=)

am-rie said...

makasih bro..yg sik berjaya ya ada yang injured semasa nak ke laban rata, ada yg sampei lambat ke c.point laban rata ya..paling last sampei dlm kul 11mlm dari pukul 8am mula perjalanan..so, nak sambung panjat ke puncak dlm kul 2-3am ya memang sik mampu lagik..sebab ya lah sangkut.