Friday, July 22, 2011

Pesanan Buat Anakku

Assalammualaikum..
Baru sempat nak update blog, sibuk sangatla tu jaga anak..bweekk..

Macam biasalah, hari2 ulang-alik g hospital g ambik darah, makin hari makin naik kuningnya, alhamdulillah ari nie dah turun skit..nurse kasi rehat dua hari,ahad baru g cek lain plak..

Busy noh, jadi bapak nie..Cuti dah nak abis..2 minggu dok kedah macam sat ja..

Nielah gambar yang diambik pada 14/7/2011 ari tu ..kira gambar first dialah selepas dia dilahirkan. Guna hset mak dia je..Tgu ayah dia dapat Body baru yang lagi montel esok kita tangkap gambar banyak2 no..






Muhammad Adam Hafiy , semoga membesar dengan sihat, mendengar kata dan menjadi anak yang soleh.

Pesanan buatmu, ingatlah..

” Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar”. (Luqman : 13)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).” (Luqman : 14)

“Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi. (Luqman:16)

“Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. (Luqman:17)

“Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (luqman:18)

“Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai”. (Luqman : 19)




next entry aku nak cerita pengalaman pertama berada di bilik bersalin.







4 comments:

AmirFX said...

Wahhh.. Lebat juak rambutnya...

am-rie said...
This comment has been removed by the author.
cik_ah82 said...

huhu..sedih..
u'r d best dad in the world for Adib n Adam!
i love u so much..already missing u..;(

am-rie said...

AmirFX
lebat skit..tp dah cukur habis minggu ya tek..

Cik_ah82
insyaallah..jadi terbaek!!
love u miss u 2!!mmMUuuahh!!