Tuesday, July 26, 2011

Hari Kelahiran

Pagi tu 14/7/2011 dalam kul 5am (selepas 3 hari overdue) aku terjaga bab tengok wife aku dah sakit perut semacam..Sama mcm pagi sebelum kelahiran Adib hampir 2 tahun lepas..

Bergegas aku bangun g bilik air cuci muka n gosok gigi, n bersiap-siap nak ke hospital. Masuk balik bilik, aku tengok Adib dah sibuk2 jugak nak bangun padahal dia yang tidur lambat semalam..Aku try nak tidurkan dia balik, sambil2 siapkan barang2 yang patut..

Hampeh..dia dia tak nak tidur. Cargas aku ambik beg sekolah dia aku sumbat je apa yang patut, baju dia, pampers aku just masukkan camtu je..

Berlari kat dapur lak nak sediakan perkakas susu dia..ambik bakul,takde pk banyak aku sumbat je.Ada jugak barang yang mak aku tengok n tegur, "nie pun nak bawak ke?" (adalah tu barang yang tak patut aku bawak).

Start enjin keta,Adib n mak kat belakang.. pagi tu plak hujan renyai2..wife kat sebelah dah duduk tak diam, sakit katanya..dalam kepala aku,nak cepat sampai hospital je..dengan keadaan jalan yang dalam pembinaan aku kena focus skit drive, tp kena laju..sampai satu tahap aku teragak2 sama ada lencongan tu blah kiri ke kanan..nak marah pun tak guna..ntah bilalah nak siap projek jalan tu, dah bertahun dah..

Alhamdulillah, sampai gak kat Hospital Sultanah Bahiyah tu sebelum masuk waktu subuh..Bila hantar nak masuk wad, wife aku request untuk temankan dia masuk sekali.Masa Adib dulu mintak nak masuk jugak, tp tak dibenarkan.. Bagi aku itu tak jadi masalah, klau pihak hospital benarkan..Mungkin disebabkan org tak ramai time tu, aku dibenarkan masuk, adalah borang nak kena sign skit.

Sebelum nie aku agak risau klau dia bersalin aku takde dekat ngan dia..Selalu bila aku terpaksa outstation aku berharap bukan itulah masanya untuk bersalin. Bila telifon berbunyi, aku jadi tak senang hati..tengok nama dia yang kluar lagilah aku tak sedap hati. sama juga bila msg masuk..takutnya rasa nak buka..Aku akan rasa bersalah jika dia bersalin bukan aku yang temankan dia..lagi2 bab nak azankan anak..aku nak aku sendiri yang lakukan n bukannya org lain..

So, alhamdulillah bukan setakat temankan dia ke hospital, malah bleh masuk sekali nie membuatkan aku rasa syukur sangat2lah..Walaupun anak kedua, inilah pertama kali aku masuk n temankan dia. Bagi aku sangat2 penting untuk suami berada sebelah isteri semasa dia menanggung kesakitan nak beranak nie.Habis tangan aku dipulas2nya..Kuat sungguh genggaman sampai terasa sakit tangan aku. Aku biarkan je..Aku tau, apalah sangat sakit yang aku rasa klau nak dibandingkan dengan dia..mulut aku tak henti2 dengan doa nabi Yunus, sejak dari perjalanan ke hospital lagi.

Aku tengok jam dah pukul 600am, aku mintak izin nak g solat subuh dulu. Dia suruh tunggu sekejap, dalam kul 610am baru aku berlari cari surau kat tingkat bawah..Sempat untuk berjemaah, dalam hatiku tak perlu nak cepat2 sangat bila solat, kepada NYA kita nak mintak pertolongan n supaya dipermudahkan..dalam 0630am aku masuk balik dalam wat bersalin.

Doktor cek dalam 8cm dah buka, "klau rasa nak terberak bgtau ye"..hm..aku tengok doktor n bidan2 kat situ semua cool. Dah biasa agaknya..

Dalam 7 lebih tu, dia dah rasa macam nak "terberak" yang doktor maksudkan tu..aku tengok dia pun mengerang kesakitan, aku cuba tenangkan dia. Doktor suruh wat apa yang patut..meneran..

Yes..aku kat dalam tu diam je, asyik bacakan doa nabi yunus tu sambil pegang tangan dia n cuba tenangkan dia. Mulanya aku sangat cuak n takut nak tengok bahagian bawah tu sampailah doktor cakap "cuba ayah tengok kepala dia dah nak kluarkan"..

slow2 aku tengok..eee..apa tu? (dalam hati akulah)rasa terkejut..cuak dowh..tengok lagi betul2..la kepala dia rupanya..Subhanallah..Cara n kaedah kata2 ransangan doktor2 n bidan2 gunakan masa tu sangat baik..sampaikan aku sendiri rasa semangat n teruja nak bagi baby cepat2 kluar.

Kepala dah kluar sepenuhnya, tinggal nak tarik kluarkan badan je...So,dia meneran n doktor n bidan tarik kluar baby..Alhamdulillah selamat dilahirkan..Rasa sangat sebak time tu,air mata je tak kluar..Sangat happy bila dengar baby nangis n dia pun tersenyum bila doktor letakkan baby kat dadanya sambil memberikan salam..Besar sungguh Kuasa Allah..

Lepas Tu aku pun azankan, rasa sayu je tengok muka baby time tu..

Sedikit sebanyak benda yang aku boleh di kongsikan..pengalaman pertama masuk wad bersalin n pengalaman kedua mendapat cahaya mata sebenarnya. Nanti, blehlah anak aku baca n merasai sedikit suasana semasa dia nak dilahirkan di dunia yang sementara nie..Betul tak?

Yelah..Jika diberikan kesempatan temanlah isteri or isteri2 kita (klau yang kawin lebihlah)semasa dia nak bersalin. Klau tak bleh tu lain ceritalah..Ada org sanggup bayar RM2000.00-RM4000.00 untuk temankan isterinya bersalin, itu bagi yang mampu..k.



Ada orang kata "Jangan time sedap je nak bersama.."hehe..
bye..

10 comments:

cik_ah82 said...

*sebak lak*..huhu.
tima kaseh sebab bg semangat sewaktu org berjuang nk kuarkan adam..ur my hero..love u..;)

Unknown said...

tahniah!!!
perfect..sebak... :)
daddy cool

She said...

*tumpang sebak..* hehe..

Bagus la skrg dh ramai husband dok temankn wife bersalin...at least dpt menenangkn istri walaupun x dpt mengurangkn kesakitan...:D

2 thumbs up to ayah adib & adam..=))

cik_ah82 said...

mommy mel:
btol kak..mmg depa dok situ xdapat nk kurangkan sakit kita tu, tp at least dpt bg ransangan +ve kt kita..hehe..

erolnukman said...

huhu..aku dolok sikda d sebelah masa bini ku bsalin..teringin gilak2.tp masa ya kmk 2 jauh...

am-rie said...

cik_ah82
if im ur hero, u r my heroin..hehe
sama2 kasih..

tengku_fir21
tq..
nampak je cool..hehe

am-rie said...

Mommy Mimil
klau nak tumpang kena pakai helmet..hehe
tq..betul tu kak, sakit tetap sakit yang penting kita ada sebelah kasi semangat!!
Hidup Harimau Malaya!!eh..terlebih sudah..

erolnukman
ya lah..kadang2 keadaan yang membataskan kita nak temankannya..Insyaallah bro, NEXT pastikan pengalaman itu jadi milikmu..hehe

Ibu Zuyyin said...

tringat time nk kuarkn zuyyin waktu doc ckp "ayah tgk sini nmpk tak rambut ank nie.."rasa segan pulak ngan zabid hahaha....syukur sgt2 zabid dpt temankn smpai xduduk langsung berdiri jer kt sblh dr tgh mlm smpai nk ke subuh...=)

am-rie said...

Ibu Zuyyin
hehe..kami sebagai suami pun segan jugak nak tengok bawah sebenarnya..memang bsyukur dapat masuk n temankan..

ciK LyndaWawa said...

selamat menjd bapak..