Wednesday, July 6, 2011

"Orang Lama"

Tiap kali Telefon berbunyi, jantung berdegup kencang..

Aku time nie rasa sangat cuak setiap kali hset aku berbunyi.

Keadaan yang membuat aku selalu bermonolog sendiri..

itu cerita lain..

Mendidik org yang lebih berumur kadang2 terasa sama seperti sukarnya menyuruh anak yang belum mencecah umur 2 tahun menyebut sesuatu perkataan..Perlu lebih sabar, perlu lebih kreatif dan dan dalam masa yang sama perlu bermain kata supaya tiada yg terasa hati..

Aku lebih suka org rasa suka bila buat kerja dari rasa tertekan dan sakit hati..ya perlu bersabar sedikit kerana pasti ganjarannya lebih hebat..

20 tahun buat secara manual, tetiba aku datang suruh pakai sistem..

"komputer, akak tak berapa reti dik"..

hanya santapan sabar yang aku perlukan..Ku kunyah sampai lumat dan telan "sabar" itu..

Tapi yang penting sekurang2nya org seperti ini tak menolak, semangat mencuba!!

Dari org yang tahu..tapi MALAS!!

2 comments:

AmirFX said...

Jack tinggi2 lok kakya bok cantasnya.. haha..

uSu iJamm said...

Biasa lahh.. nobody like changes..