Monday, December 15, 2008

Itulah Pasal!!

Hari nie hari isnin... Fikir punya fikir selama beberapa tahun aku telah merungut kerana kurang tidur dan terlalu banyak tekanan dalam hidup,tekanan jiwa dan perasaan.. akan tetapi sekarang nie aku dah tahu kenapa ianya berlaku (the real reason) : Aku keletihan kerana terlebih kerja... nak tau kenapa?

Di bawah ini aku akan tunjukkan kenapa aku mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adalah benar dan bukan rekaan aku :

Populasi penduduk Malaysia sekarang adalah dalam lingkungan 26 juta orang lebih skit kot..1.7 juta darinya baru bersara. Jadi tinggal 24.3 juta orang. 2.3 juta pula adalah golongan kanak2 bawah 6 tahun. Jadi tinggal 22 juta orang. Dari 20 juta ini, 9 juta masih belajar (tadika, sekolah, kolej, universiti dll). Jadi tinggal 13 juta orang yang boleh buat kerja. Dari 13 juta ini, 5 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tapi tak buat kerja n wat2 macam keje je (Klau dpn Boss)...

Jadi tinggal 8 juta orang yang boleh buat kerja. Tolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat) pasal diorang nie nak kerja macam mana... tinggal dalam hutan. Dah tinggal 5 juta orang yang boleh buat kerja.... Dari jumlah itu, tolak 2.7 juta orang yang menganggur dan takder kerja, surirumah, pekerja yang kena VSS, orang2 tua, fresh university student, kena buang kerja dll. Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

Dari jumlah ini, sebanyak 1,215,512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia (tak kiralah hospital swasta ke atau hospital kerajaan dan ini termasuklah hospital gila). Dah tinggal 1,084,488 orang yang boleh buat kerja.... Sekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1,084,486 orang di dalam penjara dan Pusat2 pemulihan di seluruh negara.

Jadi dah tinggal 2 orang yang boleh buat kerja... Dan 2 orang itu adalah engkau dan aku... Dari dua orang ini... engkau SEKARANG INI masih duduk depan komputer, main internet, main games, reading jokes, membaca email, main chat, baca blog dan tak buat kerja langsung... jadi tinggallah aku sorang yang buat kerja dalam Malaysia nie... mana aku tak letih!! Jadi sedarlah sikit.... dahhhh..!!! pi buat kerja!!!

4 comments:

Khairul Onggon said...

Adoi... kena idong aku... aodi..

cik_ah82 said...

ek eleh..pigidahhh...
kitak sarawakian kah?mek sik pasan kali..mun kitak sik kerek, mesti kitak malu ek?hehehe

fitrahulinsan said...

hihihihi...lucunyeeee...

tggal 2 org je ke yg buat keje??

so agak2 bos kita tu watpe ek?

org len xwat keje.. so aku pon maleh laa...

hahahaha...

Anonymous said...

keje letih ke? ni kalo meniaga ni mesti da jadi jutawan.