Sunday, February 16, 2014

Kenapa Lari?

Ok.. Dah lama tak update blog.

Agak janggal rasanya..dok update status kat FB, post gambar kat instagram last kat blog terus terabai.. Boleh ke klau nak Salahkan apps yang dah mcm2 kat phone sekarang punca blog jadi suam2 kuku?hehe..


Memandangkan tajuk tiada kaitan dgn "kenapa blog terabai?" so abaikan je lah persoalan tu.. Tajuknya "Kenapa Lari?"

So, perbincangan atau perkongsian hanya berkaitan dengan "lari". Sejak Tahun lepas aku dah start main lari2 nie.. Takda sapa yg paksa, cuma dok rasa badan lesu je sbb xda aktiviti bersukan dah mcm dolu-dolu.. Biasa org rasa badan dah gemuk baru nak bersenam kuruskan badan.

Tapi aku badan kurus dah..cuma nak kan stamina dan badan sihat je.. 1st lari nak dapat 1km tu seksa tahap gaban..maklumlah dah lama tak bersukan. Futsal ke bola padang ke semua dah ke laut..harap kasut je baru tapi dok dalam stor. Klau setting nak main agak sukar skit sbb perlu ramai org n team nak main..klau dapat main bulan nie mgkn 3-4 bulan baru bleh main lagi. Berapa lama nak bersukan balik beb..

So, aku ambik pendekatan bersukan or bersenam yg boleh dibuat sorg walau outstation sekali pun.. Jadi aku start lari or jogging. Mula memang sakit n part paling sukar nak lawan ialah diri sendiri sama ada nak turun jogging atau sambung tido pg2.. Pokok pangkal nak start tu adalah diri sdri..

1st time lari nak dapat 500m pun seksa tahap balik rumah badan sakit n mata nak tdo je..Penat!! Esoknya kena push lagi..Sakit2 tu kena lawan sampailah sebulan dua barulah hilang rasa sakit selepas berjogging tu..

Normally setiap hujung minggu aku akan try jogging pagi2 or petang ikut mana masa yg free.. Tapi kebiasaannya pagi bagn awal solat subuh sama ada kat surau atau kat rumah..Selepas selesai solat subuh aku bersiap-siap nak jogging.. (klau dulu suka nak sambung tdo).. Dalam kul 7 aku dah start jogging sampai kul 8 pagi.. Skr biasa aku target 5KM je klau bleh lebih sampai 10km. Balik jogging rehat sekejap bg mandikan anak2 n baru aku mandi utk sarapan pagi.

Setiap hujung minggu kebiasaannya rutin pg akan mcm nie dan seriously aku rasa masa tu panjang dari biasa n seronok.. Selepas dok suka2 jogging nie aku dah start masuk marathon.. dkt sini aku nak push best time aku lari..nak tengok kemampuan sebenar. Asyik lari2 biasa tak tau limit kita pun tak syok jugak kan..

So 1st marathon aku tahun lepas Mizuno Run tapi malang aku tak dpt join sbb kerja n kena ke johor time tu..lepas tu daftar Putrajaya Night Marathon 10km, Fan Run TM pun 10km n ada 2-3 lagi larian yg aku dah masuk sehingga tahun 2014 nie.

Paling jauh setakat nie 10KM je.. 10km + bawak beban 10KG pun dah try.. Mungkin tahun nie nak try Half Marathon 21KM.. Full 42km mungkin blom masanya..mungkin tahun depan kot.. Insya Allah..

So, bagi aku benda nie sgt mengujakan... Harap korang yg terbaca blog nie apa kata try!!!



" A Chance to change"

Bye..




No comments: