Friday, November 16, 2012

Hidayah Allah

Walaupun blog dah lama terabai, ari nie aku nak update skit, mahu berkongsi rasa..

Sebenarnya akan ada satu rasa atau keadaan yang mana kita rasa kita nak kongsi kat semua org..

Ok, hari nie 16/12/2012 hari Jumaat bersamaan 2 Muharram 1434 Hijrah, Jumaat pertama untuk tahun nie..

Hari ini merupakan hari pertama dalam hidup aku melihat dan mendengar sendiri bagaimana seorang yang dulunya beragama Kristian mengucap Dua Kalimah Syahadah memeluk agama Islam..

Aku rasa sebak..nak nangis pun ada..rasa mcm nak peluk kuat2 org tu...terasa hebatnya kuasa Allah memberi hidayah kepada sesiapa jua yang dikehendakiNya..

Perasaan sebak, gembira bercampur-campur sampai tak boleh nak bayangkan macam mana...

Hanya mendengar azan berkumandang hatinya menjadi lembut dan Allah kurniakan hidayah untuknya memeluk islam..

Allahu Akbar!!!!

"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).

 Semoga Allah senantiasa memberikan hidayah kepada kita dan orang-orang yang ada disekeliling kita, aamiin.





Hidayah itu perlu dicari, bukan hanya menanti..
Sekadar ingatan bersama, berkongsi rasa...

Sekian.



4 comments:

labulabi said...

salam maal hijrah bro.semoga sukses dalam kehidupan.

am-rie said...

labulabi
tahun baru semangat baru..semoga sukses juak bro!!!

lumut said...

kalau boleh teringin jugak nak berada dalam situasi tu...

btw.
stuju sangat yg hidayah tu perlu dicari....sgt perlu dicari...

am-rie said...

lumut
t.kasih sudi singgah..
mudah2han suatu hr nanti merasa berada dalm situasi tersebut..

perasaan yg sukar digambarkan..
Agungya kuasa maha pencipta!!