Sunday, July 29, 2012

Transit di Doha, Qatar. (Terbang bersama Qatar Airway)

Selepas seminggu misi menawan puncak kinabalu, ada plak misi lain seminggu lepas tu..

Tak pernah terlintas dalam kepala aku untuk ke eropah dalam masa terdekat.. Keinginan tu, aku rasa sapa2 pun ingin menjejakan kaki ke sana..Cuma masa, kewangan dan faktor lain yang mungkin membataskan untuk kita menjelajah ke sana...

Telah ditakdirkan..
Allah yang menentukan segalanya..
Syukur alhamdulillah dapat bersama-sama isteri tercinta menjejakan kaki ke sana, dapat merasa suasana ober c kata org.. Anak2 terpaksa ditinggalkan dek kerana kosnya diluar kemampuan..

So, perjalanan ke kota Madrid, Spain pada 7/7/2012 (Sabtu) menaiki pesawat Qatar Airway A330-300, QR621  berlepas jam 10:20am waktu Malaysia...
Sila pasang tali pinggang anda..hehe..

Baru sminggu jugak eh Spain menang Euro..Klahkan team aku Italy..
Tahun nie aku sokong Italy..hehe..

Sebenarnya ada banyak pilihan,,klau nak flight direct tentu kosnya agak mahal..So, ada yang lebih murah dari Qatar Airway, tapi banyak plak nak kena transitnya..

Lagi pun aku beli tiket di saat-saat akhir, so pilihan pun semakin kurang dan harga pun tak banyak pilihan yg murah...

n yang penting aku nak pergi Madrid!!!!....hehe


So, Qatar Airway nie transitnya sudah pasti di negaranya Qatar..Flight kami Kuala Lumpur-Doha,
Doha-Madrid..

Mcm dalam pesawat Airbus Mas/ Air asia jugak la.. Sepanjang perjalanan bolehlah layan movie yang disediakan di skrin sesentuh di kerusi masing2..

Agak pelik kerana pramugarinya x lawa...hikhikhik..
ingatkan mak arab da..sekali 1Dunia..Mcm slogan 1 Malaysia la..mcm2 warganegara pramugara/pramugari dia..



Makanan, mcm biasalah aku bedal nasik jugak..
Aku dapat rasakan yg satu minggu kat sana nanti, sudah pasti nasik tidak dapat kujamah lagi..hehe..



Sampai di Doha jam 130pm hari sabtu jugak...tak sampai 3 jam..hehe
Jangan salah paham beb, tu waktu kat Doha, klau waktu Malaysia lebih kurang jam 600pm..
8jam dalam flight..fuhh..kebas punggungku...


Sampai2 je, turun dr flight kena naik bas..
Tetiba aku rasakan bahangnya dan suhu yang agak panas kat luar..
Lupa sekejap yang aku kat negara al padang pasir la..
Naik bas membuatkan aku terasa mcm sedang pergi berjihad..Mcm nak pergi berperang..Tak tau kenapa tiba2 perasaan jd mcm tu plak..mungkin kesibukan keadaan di lapangan terbang tersebut yg byk kenderaan lalu lalang di samping kapal terbang membuatkan aku terasa di medan perang kot..hehe..


So, untuk penerbangan ke Madrid pula flight keesokan harinya jam 0200am waktu Doha..
Ada 13 jam masa menunggu untuk ke Madrid..

Perlu cop Visa untuk keluar ke bandar doha dan dikenakan bayaran sebanyak QR100.00..
Lebih kurang la duit Malaysia..Tak banyak beza pun..


Maka kami menaiki teksi ini untuk ke bandar Doha yang tidak diketahui bagaimanakah rupanya...
Sangat syok teksi dia, kat malaysia memang tak kluar la model nie..kan?

Apa yang menarik kat Doha, nantilah aku cerita..Dah nak masuk waktu Asar...
k...
Selamat Berpuasa n selamat Berbuka dan selamat beramal..



tq..bye..

2 comments:

lumut said...

ok jeles!!!

mcm best je...=)

lumut said...

ok jeles!!!

mcm best je...=)