Friday, November 12, 2010

Salam Jumaat

Salam Jumaat buat semua... Ari nie ada satu benda aku nak kongsikan buat semua..

Masuk perkarangan masjid sblm azan/khutbah..

Bukan kita(manusia) je yang dengar khutbah, malaikat pun dengar khutbah jugak. Ramai sgt yang anggap datang masjid tu perkara remeh. Sedangkan kita semua sedia maklum pasal ganjaran(unta, ayam, telur) yg kita dapat bila datang awal. Masa solat Jumaat kat masjid, org yg bagi tazkirah selalu cakap pasal datang awal sebelum abis azan, sebab pastu malaikat x catit dah. So, kat bawah ni sedikit info yg aku jumpa berkenaan hal tu..

Barangsiapa yang tiba kemudian dari awal waktu (~ 45minit sebelum azan) maka para malaikat akan menulis pahala baginya seumpama ia telah berkorban dengan se ekor lembu di jalan Allahu Ta'ala.

Barangsiapa yang tiba kemudian dari waktu itu ( ~ 30 minit sebelum azan) maka pahala baginya ditulis seolah ia telah berkorban dengan se ekor kibash @ kambing dijalan Allah.

Sekiranya seseorang itu sampai kemudian dari waktu itu (~ 15 minit sebelum azan), maka para malaikat Allah akan menulis ganjaran pahala bagi jemaah itu pahala seperti ia telah berkorban dengan se ekor ayam demi Allahu Ta'ala.

Sekiranya seseorang itu tiba semasa azan sedang berkumandang, maka pahala baginya hanya seperti ia telah bersedekah dengan sebiji telor ayam di jalan Allah.

Apabila khatib mulai berkhutbah, maka para malaikat Allah berkenaan akan menutup buku catatan mereka dan beralih menghadap tuan khatib tersebut dan mendengar serta menghayati intipati khutbah yang disampaikan."

Hadith # 494, Bab 11. Mukasurat 263 Kitab Jumaat, Sahih Al-Bukhari.

Pengajaran dari hadith ini adalah sekiranya kita tiba ke masjid semasa Khatib sudah mula berkhutbah, maka segala tahap tahap ganjaran pahala yang disabda oleh Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam tidak akan kita perolehi.

Solat Jumaat kita sah tetapi tak ada bonus pahala pahala istimewa tersebut yang akan dicatatkan oleh para malaikat Allah yang bertugas merekodkan kedatangan atau kehadiran kita ke masjid pada waktu Jumaat tersebut.

Kira seperti catatan 'hadir sahaja' tetapi tak dapat 'claim bonus points' pada waktu waktu yang disebutkan tadi. Tak ada 'early birds special'.

Apatah lagi kalau kita sampai, jamaah dah siap bagi salam.

'Khalas!' No more points for us. Malaikat dah tutup register. Hadir tetapi tak masuk senarai jamaah Jumaat.)


Renung-renungkan dan sama2lah kita beramal...:)

3 comments:

erolnukman said...

oo tedah kesian aku..mala jak sik dapat markah bonus..ari tok tek pun sikda bonus juak..huhuhuhu

wa kaljis said...

errrr... tadik dtg lambat juak.. semayang di Pantei Dalam org dah setengah khutbah.. hehehe..

Lelaki Ini said...

salam jumaat..
thanx info